assalamualaikum, entry kali ni bercerita tentang perkhemahan pengawas pusat sumber yang diadakan pada 28-30/1/2011 di Hutan Simpan Bukit Nanas... pada 28/1/2011,friday pukul 16.30 semua yang terlibat dgn camp ini mula naik ke atas bukit hutan simpan bukit nanas... sebaik sampai di atas bukit aktiviti dimiulakan dengan pembahagian kumpulan dan mendirikan khemah... sleeping bag disediakan untuk setiap peserta bagi menjamin keselesaan semasa perkhemahan... pada malam hari pertama perkhemahan aktiviti dijalankan oleh org2 dari pusat koko kuala lumpur... tepat jam 11.00 malam aktiviti night walk diadakan... ramai yg menjerit ketakutan sewaktu night walk dijalankan, alhamdulillah aku tak menjerit sedikit pun...
hari kedua perkhemahan, aku bangun seawal jam 5 pagi untuk pergi mandi bagi mengelakkan kesesakan di dalam tempat mandi... jam 8 pagi semua peserta berkumpul di padang untuk senamrobik kemudian menikmati sarapan pagi.. seterusnya aktiviti meredah denai dijalankan... tapi sewaktu aktiviti meredah denai dijalankan aku tiba2 terkena headache yang buat aku hampir pengsan ketika berjalan, tapi aku bertuah kerana mempunyai kawan2 sekumpulan yg sgt mengambil berat dan menjaga aku untuk menghabiskan aktiviti tersebut... habis aktiviti meredah denai semua peserta diberikan masa untuk berehat ... jam 5 ptg aktiviti orientering dijalankan (headache dah kurang sikit)... benda yg paling best my group dpt first place utk acara ni...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan